Musim Cuti Sekolah sering dimanfaatkan sebagai ruang menjalankan operasi ‘Khatan’ atau bersunat. Para Ibu Bapa perlu memberi perhatian beberapa perkara berikut :

 

Waktu Terbaik Berkhatan

Menurut pengalaman sendiri, anak yang dikhatankan ketika bayi proses pemulihannya sangat cepat berbanding anak yang lebih besar umurnya. Anak Admin dikhatankan ketika berumur 7 hari dan ada yang berumur 9 hari (kerana klinik tutup tertangguh 2 hari sepertimana abangnya)

 

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh. (HR; Thabrani dan Baihaqi)

 

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)

 

Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedekahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)

 

Mengapa sewaktu bayi lebih mudah?

  • Bayi hanya minum susu ibu lebih terkawal urusan makan minum sesudah berkhatan bagi mempercepat pemulihan. Susu ibu kaya antibodi.

 

  • Bayi mempunyai ketahanan terhadap rasa sakit dari awal umur akan memberikan kelebihan menjelang umurnya lebih besar kelak. Lebih tahan sakit dan lasak. (Tidak betul dakwaan bahawa deria bayi kurang rasa sakit ketika kecil, bayi alert sakit itu sama seperti dewasa, sensasinya serupa)

 

  • Bayi mempunyai pergerakan terhad. Menjadikan risiko terlanggar atau kecederaan kawasan sunat lebih rendah akibat aktiviti fizikal ketika besar.

 

  • Bayi melalui fasa pertumbuhan fizikal yang pesat berbanding dewasa. Luka atau kerosakan tisu dan lain lain akan ‘terawat ‘ dengan cepat.

 

  • Cara menenangkan bayi setelah proses ini adalah dengan menenangkan diri ibu atau penjaga paling hampir dengan bayi. Bayi punyai sensitiviti perasaan yang sangat dekat. Jika kita mendakap dengan rasa pilu atau panik,bayi dapat mengecam melalui ‘heartbeat’ anda. Nafas dengan tenang dan beri anak perasaan tenang. InshaAllah bayi akan ‘berjuang’ dengan sangat kuat rasa sakit sekejap ini.

 

  • Jika tempoh anak menjadi bayi sudah berlalu, dan sebaiknya usahakan bayi di bawah 3 bulan untuk berkhatan. Untuk memudahkan kerja Pegawai Perubatan atau doktor yang melakukan operasi ini. Bayi lebih 3 bulan sudah pandai menendang, meronta dan lasak. Bagi yang memilih khatankan anak di peringkat sekolah rendah sila ambil perhatian hal ini.

 

  • Pelihara auratnya.Jangan dijaja video atau foto bersunat bagi menjauhkan perasaan rendah dirinya.Tiada keperluan berkongsi rakaman secara terbuka walaupun kepada ahli keluarga terdekat.Jika mereka memerlukan bahan penerangan atau info khatan, dapatkan terus dari klinik.

 

  • Anak yang sudah lebih 7 tahun sudah mula displin solat dan mungkin mengganggu keselesaan bersolat dirinya dalam tempoh ini.Berbeza ketika bayi mereka tidak perlu solat.Ibu bapa perlu menerapkan keutamaan bersolat walau sedang sakit apatahlagi jika umur anak sudah 10 tahun. Bantu urusan mereka jika perlu. Ramai terlepas pandang hal solat.

 

  • Risiko infeksi jika tidak menjaga kebersihan dengan baik kerana budak adalah aktif dan mudah berpeluh.Kadangkala risiko tersandung atau bengkakan akibat terlanggar sesuatu bila bergerak aktif.

 

  • Cari pakaian yang mudah disarung dan selesa dalam minggu berkhatan.
    Sudah ada seluar dalam khas pada masa kini bagi perlindungan kawasan sunat.

 

Admin pernah melalui sisi anak berumur 4 tahun ++ berkhatan dan ianya lebih mencabar. Anak sudah banyak bertanya. Isu paling membelenggu perasaannya adalah bagaimana ia dilakukan? Jadi, ibu bapa perlu duduk berbincang dengan tenang dan terbuka bagi anak yang sudah mula besar. Kami lukis, kami carikan video sesuai dan kami bawa anak ke klinik untuk penerangan lengkap. Beberapa minggu sebelum sunat, gali dahulu teknik khatan mana paling meyakinkan kita. Biasanya anak akan dibius 2-4 kali di tundun dan di keliling penis. Kaedah yang tersedia:

 

KAEDAH FREE HAND

Gunting dan jahit. Seperti kaedah tradisional dahulu. Risiko kemalangan agak tinggi kaedah ini.Ada yang terpotong terus akibat musim berkhatan terlalu ramai budak dan mungkin fokus juru sunat perlu diambil perhatian.Pilihlah di hari biasa supaya juru sunat tidak dalam keadaan stress dan letih. SOP yang gagal diikuti adalah punca utama kemalangan tidak diingini.Lakukan terdahulu semakan rekod atau reputasi hospital atau klinik yang anda pilih.

 

(anak admin Hassan kaedah ini hasilnya sangat kemas dan rata)

 

KAEDAH KLAMP

Kaedah Clamp di antara brand yang sangat baik juga. Size anak akan diukur terdahulu sebelum diklamp. Ada juga Smart Klemp dan pelbagai jenama lain. Risiko rendah terutama pendarahan minima. Tetapi infeksi mudah berlaku kerana ada alat dikepitkan. Perlu jaga kebersihan saat mandi dan buang air kecil. Biasanya akan spray atau picu air dengan syringe di corong klemp bagi urusan anak buang air kecil. Klemp akan terbuka sendiri atau perlu dibuka oleh doktor. Kaedah ini akan ambil masa 4-7 hari.

 

(Anak kelima Hamzah,menggunakan kaedah ini dan sangat mudah)

 

Kaedah Diathermy atau kerap disebut kaedah Laser,walapun bukan laser sebenarnya. Menggunakan haba pada besi pemotongan, dan berbau sedikit hangit bila operasi dijalankan. Kebaikan haba ini adalah ia menghentikan pendarahan serta merta di kawasan sunat. Namun risiko untuk kecederaan masih tinggi. Selepas itu akan dijahit. Anak admin yang sulung dan kedua bersunat serentak kaedah ini.Lekas sembuh. Kurang seminggu.

 

KAEDAH SUTURELESS/GOGLU

Teknik bersunat tanpa jahitan.Dermabond atau gam tisu kulit dengan anti-mikrob disapu supaya pencantuman kulit lebih sekata dan mengurangkan trauma kepada budak berbanding dijahit. Anak anak lebih bersedia jika mereka faham prosedur yang akan dilalui mereka. Sementara bagi bayi,ibu bapa sendiri perlu peka dan menemani sepanjang proses tersebut.

 

Manfaat Berkhatan

  • Memudahkan urusan solat ,solat berjemaah.

 

  • Manfaat kebersihan diri kerana tiada lagi pengumpulam najis,kotoran dan bakteria.

 

  • Mengurangkan risiko penyakit jangkitan salur kencing,dan lain lain berkaitan hal kelamin termasuk merendahkan risiko kanser.

 

  • Mendidik syahwat terkawal

 

  • Membentuk kematangan diri

 

Beritahu anak kita atau pasangan kita tujuan dikhatan ,barulah mereka berasa jelas dan lega.

 

Penjagaan Selepas Berkhatan

  • Jaga kebersihan pakaian,diri dan kawasan berehat.

 

  • Pengaliran udara yang baik.

 

  • Hadkan pelawat atau tunggu anak selesai pulih khatan lebih baik.

 

  • Beri makan minum yang baik bertujuan pemulihan.

 

  • Rapikan kuku anak,jangan menggaru atau menyentuh. Elakkan tidur lasak dan pesan kepada ahli keluarga lain untuk berwaspada sama.Misalnya elak bergurau membaling barang dibimbangi terkena anak itu tadi.

 

  • Kawal suhu bilik jangan terlalu sejuk. Apabila terlalu sejuk, ia akan mula menegang dan anak akan berasa lebih sakit atau ngilu. Tepuk perlahan lutut anak dengan gulungan majalah atau tangan anda.

 

  • Tenangkan mereka yang baru sahaja belajar menyesuaikan rasa ngilu kerana lapisan kulit sudah tiada,otot di situ terdedah.Lama kelamaan mereka akan okay dan normal.

 

  • Pastikan hari kedua anak akan bergerak supaya aliran darah lancar dan percepat sembuh.Tidak terbaring sepanjang hari.

 

  • Luka akan mula berkuping di saat hampir sembuh .Ia akan luruh jangan panik jangan mengupasnya.

 

Admin pernah mengurus keduanya serentak dan kiri kanan admin tidak berhenti ‘mengetuk lutut’ anak di kedua belah kerana cuaca sangat sejuk ketika itu hujan sangat lebat. Adik admin (ibu saudara mereka) kononnya hadir meneman disebabkan suami perlu bertugas luar negeri.Namun admin bukan setakat perlu menenangkan anak anak ,tetapi menenangkan ibu saudara mereka yang trauma ketika merakam video

(anak minta rakam sebab nak tengok sekali lagi selain melihat live)

 

Sehingga ibu saudara mereka mengigau di malam hari. Terlampau terkejut.
Itu adalah kenangan manis. Secara kesimpulannya banyak hikmah dengan berkhatan.Dan admin meneman kesemua anak anak lelaki berkhatan melihat sendiri keseluruhan ‘kerjaaan’ itu. Kesemua mereka,Allah beri sembuh dalam tempoh seminggu dan ke bawah sahaja. Mereka hanya makan pati habbatus sauda (Phs Exclusive) sehari dua kali. Alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *