Sekian lama masyarakat ‘terikat’ dengan stigma ramuan penyedap makanan komersil melalui hebahan iklan di kaca TV. Pelbagai jenama pek perasa segera dihidangkan sehingga masyarakat terlupa soal kebaikan / kemudharatan di jangka masa panjang. Hal pemakanan sangat memainkan peranan dalam hidup, kerana badan kita akan ‘bertoleransi’ terhadap input yang diterima bagi memangkin sistem pertahanan badan dari penyakit dan menambah kualiti kesihatan.

Izinkan penulis berkongsi alternatif membuat perasa sihat bagi mendapatkan ramuan penyedap dari rumah. Rasanya lebih umpph jika digandingkan dengan menu masakan anda, lebih menguntungkan anda bakal beroleh khasiat semulajadi dari makanan asli.


Serbuk Cendawan

  • Ambil sejumlah cendawan butang kering shiitake dibakar seketika menggunakan ketuhar/air fryer
  • (suhu sederhana) selama 10-15minit. Ini kerana walaupun cendawan butang kelihatan kering, ia masih mengandungi sisa lembapan.
  • Setelah keras dan rangup kita perlu menggunting bahagian cendawan sehingga kecil.
  • Sekarang tiba masa memproses supaya ia hancur. Pengisar kering diperlukan bagi tujuan ini.
  • Kisar berulang kali sehingga ia halus mengikut kegemaran anda.
  • Serbuk ini dapat tahan sehingga 12bulan di suhu bilik.
 

Menumis nasi goreng, Menumis sayur, Perapan daging, Menyedapkan sambal dan sebagainya. Tidak perlu lagi perasa segera komersil. Serbuk cendawan anda memiliki rasa seakan kombinasi bawang dan ayam. Selepas anda mengetahui rahsia perasa semulajadi yang telah kami kupaskan ini (ada pelbagai lagi rahsia super best) pastinya anda tidak runsing makanan berperisa cap A, cap B, cap C punca anda sering mudah kering tekak dan kepenatan mengutip rambut gugur di lantai bilik, bergumpal di lantai bilik mandi. Masak dan makan dengan sihat !

Ikuti tips lebih menarik pada siri penulisan di weblog ini seterusnya.

 

Selamat Mencuba!

Jangan lupa tekan button share jika ianya bermanfaat.

Penulis: Fadillah Nur Binti Abdul Rashid

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *