Kerunsingan penderita resdung mungkin berlarutan bila mereka gagal mengawal selera terhadap sesetengah makanan kegemaran. Ada individu yang terus membengkak wajahnya selepas memakan sotong akibat alahan.  Ada individu terus terbersin pabila menikmati seulas durian ‘pekat’ atau saat menghirup kuah laksa yang mengandungi keenakan ‘belacan’.

 

Waduh…

 

Memang merunsingkan seperti diduga. Sehari dua, boleh terkesan gejala tidak selesa melewati seminggu juga! Pergi urusan luar, hidung tidak berhenti meleleh diiringi kegatalan yang teramat. Menurut petua orang terdahulu, selain cuba mengawal selera makan yang perlu diwaspada jika memang kita alah akannya.

 

Usahakan mengambil wudhu setiap kali sebelum keluar rumah dan sementelah memasuki rumah. Perbuatan wudhu yang lengkap meliputi memasukkan air ke dalam rongga hidung dan berkumur mempunyai hikmah yang sangat besar. Jika terlalu berat utk istiqomah wudhu, setidaknya displin dua perbuatan di atas :-

  • Membersih rongga hidung dengan air

  • Berkumur

  • InshaAllah anda akan terasa perubahan bukan sahaja resdung makin terkawal, paras kesihatan juga semakin baik, Biiznillah.

  • Namun jika anda orang Islam, terbaik sekali usahakan berwudhu agar dapat mencapai kesejahteraan diri dalam pelbagai aspek kehidupan.

Petua berikutnya akan dikongsikan pada siri seterusnya. Segala baik dan buruk datang dari Allah SWT menandakan kita hamba yang sangat lemah, tiadalah daya dan upaya kita walau sekecil zarah melain dengan gerakNya.

 

Terima kasih sudi membaca dan kongsikan jika bermanfaat!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *