Kesihatan nanusia boleh terjejas apabila mengambil makanan yang tercemar melalui air,udara dan tanah. Ramai menyangka logam berat hanya wujud terhadap produk sintetik atau komersil semata – mata. Ini telahan kurang tepat. Mari kita hadam ilmu penting mengenai ‘Logam Berat’ yang biasanya memang boleh wujud secara semulajadi pada tanaman seperti arsen, merkuri, plumbum, cadmium, nikel, zink, kuprum dan lain lain. Sebelum panik, baca lebih lanjut.
Kesemua logam berat muncul disebabkan mineral semulajadi dari perut bumi dan selagi mana ianya di paras selamat/minima inshaAllah tiada apa perlu digusarkan. Bahasa kimia perlulah kita faham bukan dimomokkan. Lagi berakar/berubi suatu tumbuhan lagi tinggi komposisi kimia yang ada selain di batang,daun atau buahnya. Contoh paling pembaca gerun adalah Merkuri.
Nama sahaja logam berat. Jumlahnya yang perlu kita waspada. Jika paras minimal dari faktor semulajadi tenang dahulu ya. Apabila corak penanaman mengamalkan ‘pestisid’ tidak terkawal ia boleh menyumbang pencemaran menjadi lagi dashyat dan kadar logam berat pastinya lebih berbahaya. Kita boleh menyerap semua logam berat melalui makanan tanaman tadi, pernafasan sepanjang di kawasan tersebut dan saliran air yang menjadi punca utama tanaman hidup. Kesemuanya berkait rapat.
Isu pestisid perlu diketahui bahawa terdapat penggunaan racun serangga yang secara mesra- bio atau ‘ natural’ dan ada yang sangat ‘keras’. Tujuannya untuk mengawal serangga perosak,mengharapkan hasil tanaman tidak buruk dan menghadkan kemunculan tanaman tumpang atau ‘unwanted weeds’. Kerana itu, pada hari ini lebih banyak pihak menggalakkan penanaman bio-hijau supaya ada alternatif produk dari ladang boleh selamat sampai kepada pengguna.
Tidak semua pengusaha sanggup disebabkan kos yang tinggi, dan keberkesannya masih kurang berbanding ‘harsh chemical’ dalam mengawal serangga perosak tadi.
Namun, penulis yakin masih ada pihak memlih keselamatan jangka panjang bagi kelestarian alam dan manusia sejagat. Fakta tambahan Produk PHS Exclusive telah melalui ujian makmal yang diiktiraf dan hasil tercatat pada sijil analisis suatu kelegaan Pati Habbatus Sauda adalah produk dijamin bebas logam berat, dan tiada isu pestisid berbahaya. Semua mineral semulajadinya selanat untuk diamal ,inshaAllah bersederhana kuncinya.
‘Ketulenan adalah Keutamaan’
Amal makanan baik itu suatu usaha terpuji,namun masih perlu dititikberatkan samada ia mengandungi elemen seperti kita bincangkan di atas. Jika pembaca berasa artikel ini bermanfaat jangan lupa kongsikan krpada sahabat yang lain dan cakna untuk hidup sihat!