“Faedah Merendam Beras Semalaman Sebelum Memasak”

Apa perlukah merendam beras sebelum ‘menanak ‘nasi. Jangankan semalaman, merendam lima minit pun tidak pernah dibuat. Tidak mengapa. Merendam beras bukan hal wajib tetapi jika kita buat ada beberapa Faedah Menarik kita dan seisi keluarga akan terima inshaAllah.

Pernah dengar orang tua- tua berpesan, jika buat bubur bayi rendam dahulu berasnya.

Disebabkan kita hanya mendengar di dalam bentuk arahan tanpa pemahaman, maka kita ignore. Kita kan modern.

Ahha! Sekarang mari kita bongkar mengapa merendam beras sebelum dimasak lebih baik khususnya kepada orang sedang sakit, orang tua dan bayi. Penghadaman mereka yang di atas adalah lemah kelazimannya. Oleh itu bila kita merendam beras akan mengurangkan sejumlah phytic acid yang terdapat pada kebanyakan tanaman sperti beras,kekacang dan tumbuhan. Phytic acid yang tinggi di dalam makanan kita menyebabkan proses penghadaman lebih lambat dan sukar. Kesan seperti perut sebu,kembung dan sembelit bagi orang yang bermasalah usus lemah.

Merendam beras bertujuan merendahkan phytic acid sahaja, bukan menghilangkannya secara total. Kerana phytic acid bukanlah musuh buat kita selamanya.

Phytic acid masih ada kebaikan kepada fungsi organ seperti pankreas dalam mengeluarkan insulin.Allah tidak menjadikan ia sia-sia. Kerana sebahagian besar phytic acid terletak pada serat atau selaput tumbuhan. Bila kita merendam beras,bijian atau kekacang selaputnya akan tertanggal sekali. Makanan tinggi serat mengurangkan lapar dan lambat dicerna. Phytic acid berperanan menjadikan apa kita makan memberi kesan kenyang lebih lama.

Kenyang lama = kurang mahu makan = body goals

Eh nanti dulu, Kalau phytic acid baik lebih baik jangan direndam kan? Keliru pula. Begini, seperti dimaklumkan tadi, phytic acid tidak akan terhapus kesemuanya biarpun direndam semalaman. Badan memang memerlukan phytic acid tetapi tidak perlu berlebihan supaya kita beroleh faedah seimbang kepada tubuh. Terlalu tinggi phytic acid (sebab itu digalakkan merendam semalaman bertujuan mengurangkan kehadirannya)

Menyebabkan penyerapan nutrien lain dari sumber makanan lain seperti iron,zink,kalsium dan mengurangkan sebahagian besar mineral.

Agaknya kita ‘kemetot’ sebab kurang mineral didepositkan ke dalam tulang tak

Selain faktor genetik 👆

Jika anda biasa melihat orang tua mudah bisa-bisa sendi, cuba rendamkan dahulu beras dimakannya selepas ini.

High Phytic Acid = Low Nutrition (minerals)= Body Weak =

Bisa sana sini = Kesian Orang Tua kita😢

Bagaimana badan hendak menjadi cergas kan? Bingo!! U already know the tricks okay! Good luck comes with good effort, Amin.

Faedah lain merendam beras semalaman, menjimatkan masa memasak keesokan hari.

Didapati tempoh memasak lebih singkat walaupun anda belum menerima hadiah Periuk High Pressure Cooker daripada suami tau. Lagi menarik, nasi lebih lembut dan mesra dicerna bayi,orang veteran dan orang sakit.

Selain isu phytic acid, beras juga antara tanaman mempunyai kandungan arsenik akibat residue kawalan serangga yang terbebas di udara dan akhirnya meresap ke dalam tanah.

Arsenik adalah bertoksik dan karsinogen. Walaupun tidak mungkin menghilangkan arsenik sepenuhnya secara rendam, mungkin merendahkan peratusannya. Di antara kesan buruk arsenik mengakibatkan masalah pernafasan lebih teruk, kurang daya ingatan dan antibodi lemah. Jangan pula tidak memakan nasi selepas ini. Kerana arsenik tetap wujud secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan kita seperti beras,sayuran,buah dan ikan/hidupan laut.

Setelah dikhabarkan faedah merendam beras, terserah kepada anda untuk mencuba atau meninggalkan sahaja tips ini. Siapa amal dia dapat, sama seperti hal Habbatus Sauda. Bila kita sudah jelaskan kebaikannya…anda tidak akan mendapat nilainya jika tidak mengamalkannya sendiri.

Bersederhana itu sentiasa baik untuk segala keadaan. Habbatus Sauda membekalkan anda mineral seperti kalsium, magnesium, vitamin B, serat, tenaga dan lemak baik (lemak tidak tepu).

Kesemua khasiat ini dibuktikan melalui analisis di makmal yang diiktiraf oleh KKM. Bahkan Pati Habbatus sauda berasid rendah, mesra untuk perut anda.

Premium Value for you and family, PHS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *