Di pasaran terdapat banyak jenis habbatus sauda yang terdiri daripada bijian, pati dan kapsul. Di sini kami ingin berkongsi 4 rahsia untuk mengenal jenis habbatus sauda yang berkualiti premium untuk dijadikan makanan tambahan seharian bagi mendapatkan nutrisi yang optimum dari khasiat habbatus sauda sebenar.

RUPA BIJIAN

Anda boleh mula belajar untuk mengecam struktur fizikal Habbatus Sauda yang sepatutnya berbentuk sedikit bujur dan bersegi tiga di penghujungnya. Ianya keras, tidak lemau dan semakin segar Habbatus Sauda tersebut, semakin terletak rupa asalnya.

Habbatus Sauda yang berkualiti Premium tidak akan mempunyai banyak habuk, sisa kotoran seperti tanah, ranting dan dedaun kering. Manakala untuk gred rendah adalah murah di mana satu kilogram Habbatus Sauda yang anda terima adalah hakikatnya beserta bendasing. Di sini perbezaan ketara dan mengapa bau Habbatus Sauda akan juga berbeza.

BAU DAN AROMA

Biji atau pati habbatus sauda yang premium memiliki aroma yang kuat tetapi menyenangkan. Ramai pembeli membuat keputusan singkat ketika membeli Habbatus Sauda dalam bentuk pati atau minyak sehingga gagal membezakan aroma yang kuat dan segar atau aroma kuat tetapi sebenarnya tengik. Jika membeli bijian, teliti bahawa jika bijian gred rendah, akan ada bau yang sedikit hapak dan ciri seperti bau segar selalunya tidak wujud. Ingat, Habbatus Sauda yang berkualiti baik mesti mencetus bau segar walau sedikit.

RASA HABBATUS SAUDA

Rasa Habbatus Sauda premium akan mempunyai ciri lebih tajam dan kuat. Kombinasi rasa seperti pedas, pijar, sedikit berlemak seperti kekacang/bijian, pahit dan akan meninggalkan bau yang bertahan agak lama. Jangan khuatir jika anda sendawa atau membuang angin selepas sahaja mengamalkan Habbatus Sauda. Ini adalah reaksi normal dan pastinya ia beserta bau Habbatus Sauda sekali. Habbatus Sauda gred rendah akan mempunyai rasa yang lemah dan tidak memberikan kesan ketara kerana beberapa faktor:

  • Ianya adalah minyak campuran bagi mendapatkan volume yang banyak pada harga murah
  • Ia adalah minyak yang sudah terlalu lama dan nutrisi sudah berkurangan
  • Ia adalah minyak peraman Habbatus Sauda menggunakan pelarut contoh minyak zaitun atau minyak kelapa.

Sudah pasti anda dapat membezakan rasa segar dan kuat menyengat berbanding efek rasa yang sangat ‘lesu’ atau palsu. Pastinya ia berbeza dengan rasa minyak zaitun atau minyak kelapa. Rasa Habbatus Sauda mesti kuat .

WARNA MINYAK HABBATUS SAUDA

Ramai berkesimpulan Habbatus Sauda paling baik akan menghasilkan warna paling cerah dan kuning. Di sini ada beberapa percanggahan kerana warna minyak Habbatus Sauda yang terhasil biasanya dipengaruhi beberapa faktor utama:

  • Iklim negara asal ia ditanam/tumbuh
  • Cara ia diproses
  • Gred bijian yang digunakan

Dan Habbatus Sauda berkualiti Premium adalah terdiri dari beberapa warna yang berbeza seperti :

  • Hitam (Pati iaitu Minyak Habbatus Sauda berserta serat asal)
  • Coklat atau sedikit keruh dan kehijauan
  • Kuning dan sedikit keemasan

Bagaimanapun, petunjuk warna adalah sangat lemah dan ia perlu dikuatkan dengan pengecaman bau dan maklumat berkaitan seperti dinyatakan di atas. Setiap faktor akan mempengaruhi Habbatus Sauda yang terhasil di peringkat akhir.

Jom jadikan habbatus sauda sebagai amalan makanan tambahan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum seisi keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *